Skip to main content

PERJALANAN KAMI KE MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Adlina, kakak Adillah dan ibu pergi ke Melaka pada cuti sekolah tahun lepas. Kami memilih melaka untuk destinasi percutian kami pada ketika itu kerana Bandaraya Melaka sudah pun membangun dan mempunyai banyak perkara yang baru untuk diterokai bersama keluarga. Walaupun percutian ini hanya sehari kerana ibu kami sibuk bekerja tapi Adlina dan kakak Adillah sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama-sama. Seperti yang kita tahu, negara kita pada masa kini mengalami masa yang sukar kerana wabak yang sangat berbahaya tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya meneruskan blog saya pada hari ini. Saya memulakan blog saya dengan lafaz bismillah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.







Bermula dengan pagi yang sungguh indah dan pada pukul 8 pagi bermulalah perjalanan kami ke Melaka. Tanpa berhenti di mana-mana kawasan rehat dan rawat kami teruskan perjalanan kami walaupun jalan agak sesak. Kami tiba di Bandaraya Melaka pada pukul 9:30 pagi dan kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana ia lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Perjalanan berjalan kaki kami bermula di Jonker Walk dan bergerak ke Christ Church untuk menyewa beca.






















Selepas itu, pengayuh basikal tersebut membawa kami ke Kota A'Famosa. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Pengayuh basikal tersebut menceritakan kepada kami tentang sejarah Kota A'Famosa. Rupa-rupanya banyak perkara yang kami tidak tahu tentang tempat bersejarah tersebut. Saya berasa beruntung kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang sejarah Malaysia. Maklumlah tidak bergunalah rakyat Malaysia jika tidak tahu sejarah negara sendiri. Berikut adalah beberapa gambar yang kami ambil.


                                       
                                     







Setelah kami mengambil gambar dan rakaman di Kota A'Famosa pengayuh beca tersebut membawa kami pulang semula ke Christ Church. Kami sangat teruja untuk menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada ibu kami. Seterusnya, kami bertiga berjalan kaki semula ke Jonker Walk untuk mencuci mata dan membeli cenderamata. Ketika kami berjalan-jalan mencuci mata kami melihat ais krim yang sangat enak dan dengan cuaca yang panas kami pun membeli ais krim tersebut untuk menghilangkan rasa dahaga.




Setelah kami membeli cenderamata di Jonker Walk, kami bergerak untuk makan tengah hari di Restoran Ee Ji Ban. Restoran tersebut menjual nasi ayam yang sangat sedap dan ramai selebriti makan di restoran tersebut. Kami makan sangat berselera hingga licin pinggan dan mangkuk.



Perut pun sudah kenyang kami meneruskan perjalanan kami untuk mencari pencuci mulut yang terkenal di Melaka iaitu kuih keria dan Coconut Shake. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah ke Kuih Keria Haji Jalil dan Klebang Coconut Shake. Kami menikmati pencuci mulut tersebut di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang.




Percutian kami sekeluarga ke Melaka sangatlah menyeronokkan walaupun hanya sehari kerana ibu sangat sibuk dengan kerja tapi bagi saya percutian ini mempunyai banyak manfaat. Antaranya, saya dan kakak dapat mengetahui banyak pengetahuan sejarah yang berlaku di Melaka. Sebagai rakyat Malaysia barulah saya faham kenapa ramai pelancong melancong ke Melaka kerana Melaka ialah tempat yang sangat sesuai untuk bercuti. Harapan saya Melaka dapat meneruskan kemajuan seperti masa sekarang supaya ramai anak muda dapat melihat pada masa akan datang. Pada pandangan saya, cara untuk melestarikan kebudayaan sesuatu tempat adalah saya akan menganjurkan pameran untuk rakyat Malaysia didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Dengan cara ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Berikut adalah video travelog saya di Melaka.















Comments

  1. Wah! Blog awak sangat menarik dan saya ingin kesana dan merasai pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Blog anda sangat menarik :) saya seronok ketila membaca kerana terdapat banyak gambar 😍

    ReplyDelete
  3. wah sungguh menarik perkongsian anda!

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang amat menarik !

    ReplyDelete
  5. Blog yang sangat menarik dan video yang kreatif.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa sangat teruja melihat perkongsian pengalaman anda yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  7. Wah blog awak menarik !! Terima kasih atas perkongsian awak. Saya juga ingin ke sana ;))

    ReplyDelete
  8. Wahh!!menariknya blog yang anda hasilkan😊👍🏻..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.

    ReplyDelete
  9. Blog anda sangat bagus kerana anda menggunakan ayat yang gramatis untuk menjadikan blog anda lebih menarik.

    ReplyDelete
  10. Blog yang dihasilkan ini sangat menarik! Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih saudari . Saya sangat menghargai usaha saudari dalam berusaha untuk melestarikan kebudayaan negeri Melaka . Selain itu, saya juga amat kagum dengan isi kandungan blog saudari. Tahniah !

    ReplyDelete
  12. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  13. Blog yang agak menarik.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sedar tak sedar, saudari Adlina telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!

    ReplyDelete
  17. Wahhh ! Saya sungguh terpesona melihat san membaca blog kamu. Syabas wahai Adlina.����

    ReplyDelete

  18. Blog yang menarik dan isi yang padat!

    ReplyDelete
  19. Menarik sungguh perkongsian saudari , teruja saya membacanya

    ReplyDelete
  20. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  21. Menariknya blog awak! banyak gambar yang indah dan isi ceritanya pun padat !! Cara penulisan blog pun mantap. Saya kagum dan harap awak dapat berkongsi menceritakan pengalaman yang lain pada masa akan datang!! : )

    ReplyDelete
  22. Wah!Blog yang sungguh menarik untuk dibaca!Saya suka menonton video awak!

    ReplyDelete
  23. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.

    ReplyDelete
  24. sangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca

    ReplyDelete
  25. Sungguh menarik perkongsian awak. Syabas kerana berjaya menghasilkan blog yang santai dan tidak bosan. Dengan bahasa yang santai, saya tidak perlu berasa bosan kerana japan penceritaan kamu sangat menarik.

    ReplyDelete
  26. Blog yang cukup menarik sekali. Saya seronok dan teruja membacanya. Terima kasih di atas perkongsian anda yang cukup bermanfaat ^^

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Saya sangat kagum dengan saudari walaupun ibu sibuk bekerja namun saudari tetap gembira melancong dengan kakak saudari. Tidak boleh dinafikan blog ini padat dengan cerita perjalanan saudari yang bagus serta usaha saudari melestarikan budaya di negeri Melaka.

    ReplyDelete
  29. Melaka sememangnya tempat yang menarik di Malaysia. Blog saudari yang kreatif membuatkan saya berasa sungguh teruja ketika membaca.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik ini.Saya harap agar saya boleh menulis blog sekreatif anda.

    ReplyDelete
  31. perkongsian yang amat menarik dan juga terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda

    ReplyDelete
  32. Terima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik! Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana suatu hari nanti. Gambar dan video yang diambil juga cantik.

    ReplyDelete
  33. Saya berssetuju dengan pendapat saudari bahawa Melaka memang sebuah destinasi yang amat sesuai sebagai tempat perlancongan di Malaysia. Hal ini adalah kerana Melaka merupakan sebuah destinasi yang mempunyai banyak bangunan yang bersejarah dan destinasi-destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  34. Melaka Bandaraya Bersejarah😩,sudah lama tidak dijejakkan kaki ini ke Bumi Hang Tuah.Perjalanan yang menyeronokkan serta penuh informasi sejarah asal.

    ReplyDelete
  35. Blog yang sangat menarik. Walaupun blog ini kelihatan ringkas tetapi isi blog ini sungguh bermakna dengan pengalaman penulis. Penulis menceritakan pengalamannya dengan jelas dan mudah untuk difahami. Penulis juga megakhiri penulisan blognya dengan sebuah video yang disunting dengan baik sekali. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik seperti ini.

    ReplyDelete
  36. Wah ! Blog yang sangat menarik :)) Percutian yang menyeronokkan .

    ReplyDelete
  37. Penggunaan ayat yang ringkas namun mudah difahami. Blog ini padat dengan infomasi dan lokasi yang terkenal yang perlu kita kunjungi jika pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Syabas.

    ReplyDelete
  38. Penulisan blog yang menarik. Walaupun ringkas tetapi sangat kreatif. Video dan gambar yang dipaparkan juga menarik. Saya berharap saya dapat mengunjungi tempat ini satu hari nanti.

    ReplyDelete
  39. Penulisan blog yang menarik dilengkapi dengan gambar yang juga menarik. Saya sangat teringin untuk pergi ke sana setelah menonton video yang telah saudari kongsikan.

    ReplyDelete
  40. Walaupun penulisan yang ringkas , tetapi pengisian maklumat yang begitu bermanfaat untuk pembaca . Penggunaan ayat gramatis juga memudahkan kefahaman pembaca . Terima kasih atas perkongsian anda .

    ReplyDelete
  41. Walaupun ringkas tetapi selepas melihat foto dan menonton video blog saudari ini, ianya sangat bermanfaat dan menarik sekali. Anda membuatkan saya ingin ke Jonker Walk selepas membaca blog ini.

    ReplyDelete
  42. Perjalanan awak ke Melaka amat menarik Adlina! Saya berasa tertarik melihat gambar awak menaiki beca yang sungguh comel itu. Aiskrim yang dibeli oleh awak semasa berjalan di Jonker Walk juga unik. Hebat!

    ReplyDelete
  43. Hebat sungguh cara anda menyunting video travelog anda.Dengan kesempatan ini, boleh saya tahu apakah aplikasi yang anda gunakan? Walaubagaimanapun blog anda sungguh menarik. Teruskan membuat blog seperti ini lagi. :)

    ReplyDelete
  44. Wah, penulisan blog yang sangat menarik dan santai. Walaupun pengalaman yang dikongsikan saudari amat pendek namun , saya pasti ianya amat bermakna😉

    ReplyDelete
  45. Menarik sungguh blog awak ini! Saya suka penulisan blog awak, sangat bagus dan kreatif. Video awak juga sangat menarik!

    ReplyDelete
  46. Perkongsian yang amat menarik. Teruja sekali saya membaca blog saudari! Saya berharap dapat bercuti di sini juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  47. Blog yang sangat kreatif dan cantik. Penceritaan juga jelas dan mudah difahami . Teruma kasih kerana berkongsi pengalaman bercuti saudari di Melaka . Syabas !

    ReplyDelete
  48. Wah! Menarik sekali blog saudari! Saya setuju dengan pandangan saudari. Melaka semestinya tempat perlancongan tumpuan masyarakat kerana Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah.

    ReplyDelete
  49. Wah bertuah betul saudari dapat melancong ke melaka kerana melaka memang sinonim dengan tempat bersejarah dan permandangan pantai yang sangat menenangkan dan cantik

    ReplyDelete
  50. Wah! Sugguh menakjubkan percutian yang saudari kongsikan. Gaya penulisan yang saudari gunakan juga ringkas tetapi padat. Syabas! Gambar percutian saudari di Melaka juga sangat jelas dan juga diambil didalam posisi yang cantik dan sesuai. Melihat sahaja gambarnya sudah membuatkan perasaan saya untuk ke Melaka suatu hari nanti. Pengalaman yang saudari ceritakan juga sangat bermanfaat. Terima kasih saudari. Semoga saudari menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.😁👍

    ReplyDelete
  51. Wahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh

    ReplyDelete
  52. Wahh, menarik sungguh blog awak! Saya sangat teruja menonton video yang awak sertakan :D Awak sangat cantik, Adlina >< Terima kasih kerana berkongsi <3

    ReplyDelete
  53. Menarik sungguh blog anda. Saya amat teruja untuk membaca blog anda kerana blog anda mempunyai ayat yang gramatis dan gambar-gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  54. Saya sangat suka akan blog anda kerana padat dengan ayat-ayat yang gramatis. Tambah pula dengan video yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  55. Sungguh teruja saya ketika membaca blog saudarai.Cara penulisan blog yang menarik dan mudah untuk difahami kerana anda menggunakan ayat ayat yang gramatis serta mudah difahami, terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  56. Wah!Blog anda sangat menarik dan dipenuhi dengan maklumat.Saya berasa sungguh teruja mendengar pengalaman dari pada anda .

    ReplyDelete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. Blog yang sangat menarik sekali untuk dikongsi. Pelbagai info yang saya telah dapati melalui oembacaan saya di blog ini. Gambar-gambar juga menarik belaka. Penulisan yang gramatis dan kreatif. Syabas dan terima kasih. 😊😊😊

    ReplyDelete
  59. Perkongsian yang ringkas namun penuh dengan maklumat yang menarik. Saya harap awak dapat berkongsi lagi pengalaman bercuti awak pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  60. Wah,sungguh menarik blog yang saudari hasilkan!

    ReplyDelete
  61. Blog yang amat menarik dan penulisan yang sungguh ringkas.Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana dapat menghasilkan blog yang kreatif!

    ReplyDelete
  62. Wah,teruja saya membaca blog saudari ini ! Saudari membuatkan betul-betul saya ingin ke sana pada cuti sekolah akan datang. Gambar dan video yang saudari hasilkan juga jelas dan cantik!

    ReplyDelete
  63. Wah!Saya sangat teruja melihat tempat perlancongan yang kamu pergi.Saya harap saya dapat kesana pada cuti akan datang.

    ReplyDelete
  64. Perkongsian yang amat menarik. Teruja sekali saya membaca blog saudari! Saya berharap dapat bercuti di sini juga satu hari nan

    ReplyDelete
  65. Perkongsian kamu mengingatkan saya pada sejarah lalu. Gambaran suasana di sana sangat jelas. Walaupun sudah banyak kali saya ke Melaka saya berasa ingin menjejakkan kaki di sana lagi. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  66. Wah! Sangat menarik gambar suasana dalam blog ini! Saya kerap pergi ke Melaka kerana perjalanan dari Tempat ke Melaka sangat dekat. Melaka juga merupakan tempat yang bagus untuk membeli belah!!!!!

    ReplyDelete
  67. Blog yang amat menarik , blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya menghargai perkongsian anda.

    ReplyDelete
  68. Wah, menarik sungguh percutian ringkas anda ini, Adlina! Saya tertarik dengan gambar dan video yang anda hasilkan. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di bandaraya bersejarah ini.

    ReplyDelete
  69. Tempat yang dikunjungi sangat menarik...saya berharap saya dapat berkunjung ke sana pada masa akan datang

    ReplyDelete
  70. Wahhh! Menarik sungguh perkongsian blog saudari. Saya berharap agar kamu bisa menjadi seorang blogger berjaya suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  71. Blog yang menarik serta tempat yang menarik untuk dilawati ketika cuti sekolah. saya pasti akan ke Melaka bersama keluarga saya

    ReplyDelete
  72. Sungguh menarik blog awak,saudari Adlina.Percutian awak amat menarik walaupun ianya hanya di dalam negara.Terima kasih atas perkongsian awak.

    ReplyDelete
  73. terima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.

    ReplyDelete
  74. Blog yang agak menarik.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  75. Terima kasih di atas perkongsian saudari.Keseluruhan blog ini amat menarik dan memberi banyak manfaat.

    ReplyDelete
  76. Blog anda kelihatan menarik. Percutian yang anda rasai kelihatan sungguh menyeronokkan. Teruskan lagi usaha anda untuk menulis blog.

    ReplyDelete
  77. Terima kasih di atas perkongsian saudari.Keseluruhan blog ini amat menarik dan memberi banyak manfaat.

    ReplyDelete
  78. Terima kasih saudari . Saya sangat menghargai usaha saudari dalam berusaha untuk melestarikan kebudayaan negeri Melaka . Selain itu, saya juga amat kagum dengan isi kandungan blog saudari. Tahniah !

    ReplyDelete
  79. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  80. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  81. Syabas, saudari Adlina atas perkongsiaan yang sungguh menarik. Terima kasih kepada saudari kerana berjaya menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

    ReplyDelete
  82. Blog anda sangat padat dengan aktiviti percutian dan tempat menarik yang dilawati.Saya sangat suka dengan penulisan anda.

    ReplyDelete
  83. Wah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti

    ReplyDelete

Post a Comment