ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Adlina, kakak Adillah dan ibu pergi ke Melaka pada cuti sekolah tahun lepas. Kami memilih melaka untuk destinasi percutian kami pada ketika itu kerana Bandaraya Melaka sudah pun membangun dan mempunyai banyak perkara yang baru untuk diterokai bersama keluarga. Walaupun percutian ini hanya sehari kerana ibu kami sibuk bekerja tapi Adlina dan kakak Adillah sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama-sama. Seperti yang kita tahu, negara kita pada masa kini mengalami masa yang sukar kerana wabak yang sangat berbahaya tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya meneruskan blog saya pada hari ini. Saya memulakan blog saya dengan lafaz bismillah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Bermula dengan pagi yang sungguh indah dan pada pukul 8 pagi bermulalah perjalanan kami ke Melaka. Tanpa berhenti di mana-mana kawasan rehat dan rawat kami teruskan perjalanan kami walaupun jalan agak sesak. Kami tiba di Bandaraya Melaka pada pukul 9:30 pagi dan kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana ia lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Perjalanan berjalan kaki kami bermula di Jonker Walk dan bergerak ke Christ Church untuk menyewa beca.
Selepas itu, pengayuh basikal tersebut membawa kami ke Kota A'Famosa. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Pengayuh basikal tersebut menceritakan kepada kami tentang sejarah Kota A'Famosa. Rupa-rupanya banyak perkara yang kami tidak tahu tentang tempat bersejarah tersebut. Saya berasa beruntung kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang sejarah Malaysia. Maklumlah tidak bergunalah rakyat Malaysia jika tidak tahu sejarah negara sendiri. Berikut adalah beberapa gambar yang kami ambil.
Setelah kami mengambil gambar dan rakaman di Kota A'Famosa pengayuh beca tersebut membawa kami pulang semula ke Christ Church. Kami sangat teruja untuk menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada ibu kami. Seterusnya, kami bertiga berjalan kaki semula ke Jonker Walk untuk mencuci mata dan membeli cenderamata. Ketika kami berjalan-jalan mencuci mata kami melihat ais krim yang sangat enak dan dengan cuaca yang panas kami pun membeli ais krim tersebut untuk menghilangkan rasa dahaga.
Setelah kami membeli cenderamata di Jonker Walk, kami bergerak untuk makan tengah hari di Restoran Ee Ji Ban. Restoran tersebut menjual nasi ayam yang sangat sedap dan ramai selebriti makan di restoran tersebut. Kami makan sangat berselera hingga licin pinggan dan mangkuk.
Perut pun sudah kenyang kami meneruskan perjalanan kami untuk mencari pencuci mulut yang terkenal di Melaka iaitu kuih keria dan Coconut Shake. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah ke Kuih Keria Haji Jalil dan Klebang Coconut Shake. Kami menikmati pencuci mulut tersebut di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang.
Percutian kami sekeluarga ke Melaka sangatlah menyeronokkan walaupun hanya sehari kerana ibu sangat sibuk dengan kerja tapi bagi saya percutian ini mempunyai banyak manfaat. Antaranya, saya dan kakak dapat mengetahui banyak pengetahuan sejarah yang berlaku di Melaka. Sebagai rakyat Malaysia barulah saya faham kenapa ramai pelancong melancong ke Melaka kerana Melaka ialah tempat yang sangat sesuai untuk bercuti. Harapan saya Melaka dapat meneruskan kemajuan seperti masa sekarang supaya ramai anak muda dapat melihat pada masa akan datang. Pada pandangan saya, cara untuk melestarikan kebudayaan sesuatu tempat adalah saya akan menganjurkan pameran untuk rakyat Malaysia didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Dengan cara ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Berikut adalah video travelog saya di Melaka.

Wah! Blog awak sangat menarik dan saya ingin kesana dan merasai pengalaman.
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik :) saya seronok ketila membaca kerana terdapat banyak gambar 😍
ReplyDeletewah sungguh menarik perkongsian anda!
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik !
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik dan video yang kreatif.
ReplyDeleteSaya rasa sangat teruja melihat perkongsian pengalaman anda yang sangat menarik.
ReplyDeleteWah blog awak menarik !! Terima kasih atas perkongsian awak. Saya juga ingin ke sana ;))
ReplyDeleteWahh!!menariknya blog yang anda hasilkan😊👍🏻..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.
ReplyDeleteBlog anda sangat bagus kerana anda menggunakan ayat yang gramatis untuk menjadikan blog anda lebih menarik.
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan ini sangat menarik! Terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteTerima kasih saudari . Saya sangat menghargai usaha saudari dalam berusaha untuk melestarikan kebudayaan negeri Melaka . Selain itu, saya juga amat kagum dengan isi kandungan blog saudari. Tahniah !
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.
ReplyDeleteBlog yang agak menarik.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteblog yang sangat menarikkkk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedar tak sedar, saudari Adlina telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!
ReplyDeleteWahhh ! Saya sungguh terpesona melihat san membaca blog kamu. Syabas wahai Adlina.����
ReplyDelete
ReplyDeleteBlog yang menarik dan isi yang padat!
Menarik sungguh perkongsian saudari , teruja saya membacanya
ReplyDeleteSaya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.
ReplyDeleteMenariknya blog awak! banyak gambar yang indah dan isi ceritanya pun padat !! Cara penulisan blog pun mantap. Saya kagum dan harap awak dapat berkongsi menceritakan pengalaman yang lain pada masa akan datang!! : )
ReplyDeleteWah!Blog yang sungguh menarik untuk dibaca!Saya suka menonton video awak!
ReplyDeleteBlog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.
ReplyDeletesangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca
ReplyDeleteSungguh menarik perkongsian awak. Syabas kerana berjaya menghasilkan blog yang santai dan tidak bosan. Dengan bahasa yang santai, saya tidak perlu berasa bosan kerana japan penceritaan kamu sangat menarik.
ReplyDeleteBlog yang cukup menarik sekali. Saya seronok dan teruja membacanya. Terima kasih di atas perkongsian anda yang cukup bermanfaat ^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sangat kagum dengan saudari walaupun ibu sibuk bekerja namun saudari tetap gembira melancong dengan kakak saudari. Tidak boleh dinafikan blog ini padat dengan cerita perjalanan saudari yang bagus serta usaha saudari melestarikan budaya di negeri Melaka.
ReplyDeleteMelaka sememangnya tempat yang menarik di Malaysia. Blog saudari yang kreatif membuatkan saya berasa sungguh teruja ketika membaca.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik ini.Saya harap agar saya boleh menulis blog sekreatif anda.
ReplyDeleteperkongsian yang amat menarik dan juga terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik! Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana suatu hari nanti. Gambar dan video yang diambil juga cantik.
ReplyDeleteSaya berssetuju dengan pendapat saudari bahawa Melaka memang sebuah destinasi yang amat sesuai sebagai tempat perlancongan di Malaysia. Hal ini adalah kerana Melaka merupakan sebuah destinasi yang mempunyai banyak bangunan yang bersejarah dan destinasi-destinasi yang menarik untuk dikunjungi.
ReplyDeleteMelaka Bandaraya Bersejarah😩,sudah lama tidak dijejakkan kaki ini ke Bumi Hang Tuah.Perjalanan yang menyeronokkan serta penuh informasi sejarah asal.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik. Walaupun blog ini kelihatan ringkas tetapi isi blog ini sungguh bermakna dengan pengalaman penulis. Penulis menceritakan pengalamannya dengan jelas dan mudah untuk difahami. Penulis juga megakhiri penulisan blognya dengan sebuah video yang disunting dengan baik sekali. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik seperti ini.
ReplyDeleteWah ! Blog yang sangat menarik :)) Percutian yang menyeronokkan .
ReplyDeletePenggunaan ayat yang ringkas namun mudah difahami. Blog ini padat dengan infomasi dan lokasi yang terkenal yang perlu kita kunjungi jika pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Syabas.
ReplyDeletePenulisan blog yang menarik. Walaupun ringkas tetapi sangat kreatif. Video dan gambar yang dipaparkan juga menarik. Saya berharap saya dapat mengunjungi tempat ini satu hari nanti.
ReplyDeletePenulisan blog yang menarik dilengkapi dengan gambar yang juga menarik. Saya sangat teringin untuk pergi ke sana setelah menonton video yang telah saudari kongsikan.
ReplyDeleteWalaupun penulisan yang ringkas , tetapi pengisian maklumat yang begitu bermanfaat untuk pembaca . Penggunaan ayat gramatis juga memudahkan kefahaman pembaca . Terima kasih atas perkongsian anda .
ReplyDeleteWalaupun ringkas tetapi selepas melihat foto dan menonton video blog saudari ini, ianya sangat bermanfaat dan menarik sekali. Anda membuatkan saya ingin ke Jonker Walk selepas membaca blog ini.
ReplyDeletePerjalanan awak ke Melaka amat menarik Adlina! Saya berasa tertarik melihat gambar awak menaiki beca yang sungguh comel itu. Aiskrim yang dibeli oleh awak semasa berjalan di Jonker Walk juga unik. Hebat!
ReplyDeleteHebat sungguh cara anda menyunting video travelog anda.Dengan kesempatan ini, boleh saya tahu apakah aplikasi yang anda gunakan? Walaubagaimanapun blog anda sungguh menarik. Teruskan membuat blog seperti ini lagi. :)
ReplyDeleteWah, penulisan blog yang sangat menarik dan santai. Walaupun pengalaman yang dikongsikan saudari amat pendek namun , saya pasti ianya amat bermakna😉
ReplyDeleteMenarik sungguh blog awak ini! Saya suka penulisan blog awak, sangat bagus dan kreatif. Video awak juga sangat menarik!
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik. Teruja sekali saya membaca blog saudari! Saya berharap dapat bercuti di sini juga satu hari nanti.
ReplyDeleteBlog yang sangat kreatif dan cantik. Penceritaan juga jelas dan mudah difahami . Teruma kasih kerana berkongsi pengalaman bercuti saudari di Melaka . Syabas !
ReplyDeleteWah! Menarik sekali blog saudari! Saya setuju dengan pandangan saudari. Melaka semestinya tempat perlancongan tumpuan masyarakat kerana Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah.
ReplyDeleteWah bertuah betul saudari dapat melancong ke melaka kerana melaka memang sinonim dengan tempat bersejarah dan permandangan pantai yang sangat menenangkan dan cantik
ReplyDeleteWah! Sugguh menakjubkan percutian yang saudari kongsikan. Gaya penulisan yang saudari gunakan juga ringkas tetapi padat. Syabas! Gambar percutian saudari di Melaka juga sangat jelas dan juga diambil didalam posisi yang cantik dan sesuai. Melihat sahaja gambarnya sudah membuatkan perasaan saya untuk ke Melaka suatu hari nanti. Pengalaman yang saudari ceritakan juga sangat bermanfaat. Terima kasih saudari. Semoga saudari menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.😁👍
ReplyDeleteWahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh
ReplyDeleteWahh, menarik sungguh blog awak! Saya sangat teruja menonton video yang awak sertakan :D Awak sangat cantik, Adlina >< Terima kasih kerana berkongsi <3
ReplyDeleteMenarik sungguh blog anda. Saya amat teruja untuk membaca blog anda kerana blog anda mempunyai ayat yang gramatis dan gambar-gambar yang menarik.
ReplyDeleteSaya sangat suka akan blog anda kerana padat dengan ayat-ayat yang gramatis. Tambah pula dengan video yang sangat menarik.
ReplyDeleteSungguh teruja saya ketika membaca blog saudarai.Cara penulisan blog yang menarik dan mudah untuk difahami kerana anda menggunakan ayat ayat yang gramatis serta mudah difahami, terima kasih atas perkongsian anda
ReplyDeleteWah!Blog anda sangat menarik dan dipenuhi dengan maklumat.Saya berasa sungguh teruja mendengar pengalaman dari pada anda .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik sekali untuk dikongsi. Pelbagai info yang saya telah dapati melalui oembacaan saya di blog ini. Gambar-gambar juga menarik belaka. Penulisan yang gramatis dan kreatif. Syabas dan terima kasih. 😊😊😊
ReplyDeletePerkongsian yang ringkas namun penuh dengan maklumat yang menarik. Saya harap awak dapat berkongsi lagi pengalaman bercuti awak pada masa hadapan.
ReplyDeleteWah,sungguh menarik blog yang saudari hasilkan!
ReplyDeleteBlog yang amat menarik dan penulisan yang sungguh ringkas.Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana dapat menghasilkan blog yang kreatif!
ReplyDeleteWah,teruja saya membaca blog saudari ini ! Saudari membuatkan betul-betul saya ingin ke sana pada cuti sekolah akan datang. Gambar dan video yang saudari hasilkan juga jelas dan cantik!
ReplyDeleteWah!Saya sangat teruja melihat tempat perlancongan yang kamu pergi.Saya harap saya dapat kesana pada cuti akan datang.
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik. Teruja sekali saya membaca blog saudari! Saya berharap dapat bercuti di sini juga satu hari nan
ReplyDeletePerkongsian kamu mengingatkan saya pada sejarah lalu. Gambaran suasana di sana sangat jelas. Walaupun sudah banyak kali saya ke Melaka saya berasa ingin menjejakkan kaki di sana lagi. Terima kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteWah! Sangat menarik gambar suasana dalam blog ini! Saya kerap pergi ke Melaka kerana perjalanan dari Tempat ke Melaka sangat dekat. Melaka juga merupakan tempat yang bagus untuk membeli belah!!!!!
ReplyDeleteBlog yang amat menarik , blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya menghargai perkongsian anda.
ReplyDeleteWah, menarik sungguh percutian ringkas anda ini, Adlina! Saya tertarik dengan gambar dan video yang anda hasilkan. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di bandaraya bersejarah ini.
ReplyDeleteTempat yang dikunjungi sangat menarik...saya berharap saya dapat berkunjung ke sana pada masa akan datang
ReplyDeleteWahhh! Menarik sungguh perkongsian blog saudari. Saya berharap agar kamu bisa menjadi seorang blogger berjaya suatu hari nanti.
ReplyDeleteBlog yang menarik serta tempat yang menarik untuk dilawati ketika cuti sekolah. saya pasti akan ke Melaka bersama keluarga saya
ReplyDeleteSungguh menarik blog awak,saudari Adlina.Percutian awak amat menarik walaupun ianya hanya di dalam negara.Terima kasih atas perkongsian awak.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.
ReplyDeleteBlog yang agak menarik.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian saudari.Keseluruhan blog ini amat menarik dan memberi banyak manfaat.
ReplyDeleteBlog anda kelihatan menarik. Percutian yang anda rasai kelihatan sungguh menyeronokkan. Teruskan lagi usaha anda untuk menulis blog.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian saudari.Keseluruhan blog ini amat menarik dan memberi banyak manfaat.
ReplyDeleteTerima kasih saudari . Saya sangat menghargai usaha saudari dalam berusaha untuk melestarikan kebudayaan negeri Melaka . Selain itu, saya juga amat kagum dengan isi kandungan blog saudari. Tahniah !
ReplyDeleteSaya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.
ReplyDeleteSaya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.
ReplyDeleteSyabas, saudari Adlina atas perkongsiaan yang sungguh menarik. Terima kasih kepada saudari kerana berjaya menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati.
ReplyDeleteBlog anda sangat padat dengan aktiviti percutian dan tempat menarik yang dilawati.Saya sangat suka dengan penulisan anda.
ReplyDeleteWah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti
ReplyDelete